TAHUN
|
SEJARAH RINGKAS
| |
1929
|
Sekolah ditubuhkan orang tempatan di Joo Guan dengan murid seramai 13 orang. En. Ho Aik Kian ialah Pengetua pertama. Premis sekolah kemudian dipindahkan ke bangunan Kwong Tong.
| |
1936
|
En. Chow Chao bertugas sebagai Pengetua.
Sekolah menggunakan Bangunan Persatuan Getah Cina sebagai premis kedua.
Syarikat Thye Chiang menderma sebidang tanah dan Lembaga Pengurus Sekolah membeli tanah
berjumlah 4 ekar membina sekolah di tapak sekarang.
| |
1938
|
Pembinaan sekolah peringkat pertama diadakan dengan kos RM20,000.
Jumlah pelajar bertambah sehingga 140 orang.
| |
1939
|
Bangunan baru dirasmikan.
| |
1942
hingga
1945
|
Perang Dunia Kedua meletus. Kemudahan sekolah rosak. Padang digunakan untuk menanam ubi kayu. Sekolah ditutup.
| |
1946
|
Sekolah dibuka semula. En. Tan Keng Tow bertugas sebagai Pengetua.
| |
1948
|
En. Chow Chao bertugas sebagai Pengetua semula.
Jumlah murid bertambah sehingga 200 orang.
Pembinaan sekolah peringkat kedua ditambah dengan 4 buah asrama untuk guru.
| |
1949
|
Sekolah menengah bermula.
Pembinaan sekolah peringkat ketiga ditambah dengan 4 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Perbelanjaan adalah sebanyak RM20,000.
| |
1951
|
Murid kumpulan Menengah Rendah pertama tamat pelajarannya.
Jumlah murid bertambah kepada 300 orang.
Pembinaan sekolah peringkat keempat ditambah dengan makmal sains, perpustakaan, bilik darjah dan tandas. Perbelanjaan adalah sebanyak RM160,000.
| |
1953
|
Jumlah murid ialah lebih daripada 800 orang.
| |
1956
|
Pembinaan sekolah peringkat kelima ditambah dengtan sebuah dewan dan 10 bilik asrama guru.Perbelanjaan sebanyak RM40,000.
| |
1958
|
Jumlah murid bertambah kepada 1000 orang.
Sekolah dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.
| |
1959
|
Pembinaan sekolah peringkat keenam ditambah dengan 7 bilik darjah dan tandas.
Perbelanjaan sebanyak RM45,000.
Syarikat Thye Chiang mendermakan tanah seluas 2 ekar.
| |
1960
|
Sekolah rendah dipindahkan ke tapak sekarang.
| |
1962
|
Sekolah ditukarkan kepada Sekolah Mengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa.Sekolah Menengah Pei Hwa Persendirian juga ditubuhkan.
| |
1964
|
En.Chow Choa bersara sebagai Pengetua.
| |
1965
|
En.Lim Han Ho memangku tugas sebagai Pengetua.
| |
1966
|
En.Wong Tai Kin memangku tugas sebagai Pengetua.
Menteri Pelajaran Y.B.En.Mohd.Khir Johari merasmikan Dewan Keng San.
| |
1967
|
Fan Yong Shiek bertugas sebagai Pengetua.
Majalah sekolah “The Oxbow” diterbitkan.
| |
1968
|
En.Lam Chan See bertugas sebagai Pengetua.
Bangunan sekolah ditambah 3 bilik darjah,sebuah pejabat,tandas dan 2 gelanggang badminton.Perbelanjaan sebanyak RM40,000.
| |
1973
|
En.Tan Eng Soon bertugas sebagai Pengetua.
| |
1980
|
En. Anthony Lim Peng Hua bertugas sebagai Pengetua.
Beliau membaiki bilik darjah yang uzur dan membina sebuah Makmal Sains bertingkat dua.
| |
1986
|
En.Tan Tee Chye bertugas sebagai Pengetua.
| |
1987
|
En.Lim Kah San bertugas sebagai Pengetua.
| |
1988
|
En.Lim Ah Wah bertugas sebagai Pengetua.
| |
1995
|
Pn.Chow Yen Ju bertugas sebagai Pengetua.
| |
1997
|
Jamuan Makan Malam diadakan untuk mengisi tabung membina sebuah bangunan 3 tingkat.
| |
1998
|
Sekolah muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia.
| |
1999
|
Sekolah dianugerahkan “Sekolah Harapan Negara” kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
| |
2000
|
Sekolah sekali lagi muncul sebagai Juara dalam Pertandingan Menulis Sejarah Negara yang dikelolakan oleh Persatuan Sejarah.
| |
2001
|
Sekolah memenangi ‘Sony Science Education Award’ dengan hadiah RM100,000.
| |
2003
|
En.Boo Hian bertugas sebagai Pengetua.
| |
2004
|
Sekolah bersama-sama dengan SJK(C) Pei Hwa dan SM Pei Hwa Persendirian merayakan Ulang Tahun Sekolah ke-75.Bekas Pelajar buat lawatan ke sekolah.
Galeri Sejarah ditukar kapada Makmal Multimedia.
| |
2007
|
Pembinaan semula bumbung Bilik Guru, Bilik PK dan Makmal Multimedia.
Kolam Ikan di hadapan Bilik Guru telah ditutup dan dijadikan tempat rehat dan perbincangan bagi Guru dan Pelajar.
| |
2008
|
Pn.Chaw Kia Choo bertugas sebagai Pengetua yang baru.
| |
2009
|
Pembinaan semula tandas pelajar,tandas guru dan Bengkel Kemahiran Hidup.
Sambutan Ulang Tahun ke-80 SMK Pei Hwa.
| |
2012
|
En.Goh Wee Beng bertugas sebagai Pengetua.
| |